Jawatan Kosong MySTEP Guru Pendidikan Islam SK Mengkulat
Peluang kerjaya dalam sektor pendidikan kini kembali dibuka kepada graduan yang berminat untuk menyumbang dalam dunia pendidikan. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Personel MySTEP Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaaan (SK) Mengkulat, Kota Belud, Sabah.
Jawatan ini dirawarkan di bawah Program Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) secara kontrak dengan gaji bulanan RM2,300. Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf digalakan untuk memohon.
Bagi graduan yang bercita-cita menjadi pendidik atau ingin memperoleh pengalaman mengajar di sekolah kerajaan, peluang ini merupakan satu langkah yang bail untuk membina pengalaman profesional serta memperkukuh kemahiran dalam bidang pendidikan.
Mengenai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud merupakan agensi di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang bertangunggjawab menyelaras pengurusan sekolah, pembangunan pendidik serta pelaksanaan dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia di daerah Kota Belud.
Selain memastikan sistem pendidikan berjalan lancar, PPD turut menyokong pembangunan profesional guru, meningkatkan pencapaian murid dan memperkukuh kualiti pembelajaran di sekolah-sekolah di bawah pentadbirannya. Pengambilan Personel MySTEP adalah antara usaha untuk membantu memenuhi keperluan tenaga pengajar dan memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan dengan berkesan.
MAKLUMAT JAWATAN
Majikan : Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud
Jawatan : Personel MySTEP - Guru Pendidikan Islam
Sekolah penempatan : Sekolah Kebangsaan (SK) Mengkulat
Lokasi Bertugas : Kota Belud, Sabah
Taraf Jawatan : Kontrak (MySTEP)
Waktu Bekerja : Waktu Pejabat ( Normal hour)
Gaji Bulanan : RM2,300
Kelayakan Akademik : Ijazah Sarjana Muda ( Bachelor’s Degree) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
Peranan Guru Pendidikan Islam
Guru Pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah, akhlak dan kefahaman agama dalam kalangan murid. Selain menyampaikan ilmu berkaitan ibadah, akidah, sirah dan akhlak, guru juga membantu memupuk nilai-nilai murni yang dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
Melalui jawatan MySTEP ini, calon berpeluang memperoleh pengalaman mengajar di sekolah kerajaan, memahami pengurusan bilik darjah dan bekerjasama dengan guru-guru lain dalam melaksanakan aktiviti akademik serta pembangunan sahsiah murid.
Skop Tugas
Antara tugas yang mungkin dilaksanakan ialah :
- Membantu proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan İslam.
- Menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap murid.
- Membimbing murid memahami asas ibadah, akhlak dan nilai-nilai islam.
- Membantu pelaksanaan program kerohanian, sambutan hari kebesaran islam dan aktiviti sekolah.
- Menilai perkembangan pembelajaran murid mengikut arahan pihak sekolah.
- Membantu guru lain dalam aktiviti akademik dan kokurikulum apabilah diperlukan.
- Menjalankan tugasan lain yang diarahkan oleh Guru Besar atau pihak pentadbiran sekolah.
Skop tugasan sebenar adalah tertakluk kepada keperluan sekolah dan arahan majikan.
Kelayakan Memohon
Calon yang berminat hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan rasmi.
Secara amnya, calon perlu :
- Warganegara Malaysia
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
- Mempunyai minat dalam bidang pendidikan
- Berkebolehan berkomunikasi dengan baik
- Mampu berkerja secara individu serta dalam satu pasukan
Mengapa Memohon Jawatan Ini ?
Jawatan MySTEP Guru Pendidikan Islam memberi peluang kepada graduan memperoleh pengalaman mengajar dalam suasana sekolah sebenar. Pengalaman ini bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran mengajar, malah memberi pendedahan kepada pengurusan pendidikan dan pembangunan murid.
Antara kelebihan jawatan ini ialah :
- Gaji bulanan RM2,300
- Pengalaman bekerja di bawah pejabat pendidikan daerah
- Peluang meningkatkan kemahiran mengajar dan komunikasi
- Menambah pengalaman profesional dalam bidang Pendidikan
- Membina asas yang kukuh sebelum memohon jawatan tetap pada masa hadapan
Dokumen Yang Perlu Disediakan
Sebelum membuat permohonan, pastikan anda menyediakan:
- Resume terkini
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Ijazah Sarjana Muda
- Salinan transkrip akademik
- Dokumen sokongan lain seperti yang diminta dalam iklan rasmi
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat mengikut arahan yang dinyatakan dalam iklan rasmi oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud .
Baca syarat dan dokumen yang diperlukan sebelum menghantar permohonan.
Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah lengkap dan tepat. Permohonan yang tidak lengkap atau di hantar selepas tarikh tutup mungkin tidak akan dipertimbangkan.
Sila klik "IKLAN PENUH JAWATAN" di bawah untuk memohon jawatan kosong yang ditawarkan
Tips Sebelum Menghantar Permohonan
meningkatkan peluang dipanggil temu duga, anda disarankan untuk :
- Menyediakan resume yang Kemas dan terkini
- Menyemak semua dokumen sebelum dihantar
- Menggunakan alamat e-mail dan nombor telefon yang aktif
- Menghantar permohonan lebih awal sebelum tarikh tutup
- Membaca syarat dan skop dengan teliti
Soalan Lazim (FAQ)
1. Berapa Gaji dirawarkan?
Jawatan ini menawarkan gaji sebanyak RM2,300 sebulan.
2. Dimanakah lokasi bertugas ?
Lokasi bertugas adalah di sekolah SK Mengkulat Kota Belud Sabah
3. Apakah Kelayakan minimum yang diperlukan ?
Calon hendaklah memiliki Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
4. Apakah jawatan ini bertaraf tetap ?
Tidak. Jawatan ini adalah di bawah Program MySTEP dan bertaraf kontrak
5. Siapakah yang sesuai memohon?
Graduan yang berminat dalam bidang pendidikan, mempunyai minat mengajar serta ingin memperoleh pengalaman bekerja di sekolah kerajaan
Penafian
Buletinjob berkongsi maklumat jawatan kosong daripada sumber rasmi bagi memudahkan pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan terkini. Kami bukan wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud dan tidak menerima sebarang permohonan pekerjaan. Semua syarat, Kelayakan dan proses permohonan adalah tertakluk kepada pihak majikan.

0 Comments