Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa Maritim (Leftenan Muda Maritim Gred T8) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 

Berita baik kepada rakyat Malaysia yang bercita-cita membina kerjaya dalam pasukan keselamatan negara. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kini membuka permohonan bagi jawatan Pegawai Penguat Kuasa Maritim ( Leftenan Muda Maritim Gred T8) dalam kumpulan pengurusan dan profesional.

Pengambilan kali ini menawarkan 37 kekosongan jawatan serta 100 calon simpanan kepada individu yang berkelayakan dan bersedia menyahut cabaran dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Kerjaya bersama APMM bukan sekadar menawarkan peluang pekerjaan, malah memberi peluang kepada anda untuk berkhidmat kepada negara dalam aspek keselamatan maritim, penguatkuasaan undang-undang dan operası menyelamat di laut. Bagi mereka yang mempunyai semangat  patriotik,disiplin tinggi dan minat terhadap kerjaya beruniform, inilah peluang yang baik tidak wajar dilepaskan.

Mengenai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merupakan sebuah sebuah agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan malaysia yang bertangungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Antara fungsi utama APMM ialah melaksanakan rondaan keselamatan, menguatkuasakan undang-undang maritim, membenteras penyeludupan, menangani pencerobohan di perairan negara, melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (Search and Rescue SAR) serta melindungi sumber marin negara.

Sebagai sebuah organisasi yang memainkan peranan penting dalam keselamatan negara,APMM sentiasa mencari individu yang berintegriti,berdisiplin serta mempunyai semangat berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

MAKLUMAT JAWATAN 

Majikan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) 

Jawatan : Pegawai Penguat Kuasa Maritim ( Leftenan Muda Maritim Gred T8)

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan profesional 

Bilangan Kekosongan : 37 jawatan 

Calon Simpanan: 100 orang 

Taraf Jawatan : Tetap ( Tertakluk kepada syarat pelantikan )

Tarikh Tutup Permohonan : 20 julai 2026 (isnin), 11:59

Peranan Pegawai Penguat Kuasa Maritim 

Pegawai penguat kuasa maritim bartangunggjawab mengetuai serta menyelaras operası penguatkuasaan di kawasan perairan Malaysia. Mereka memainkan peranan penting dalam memastikan undang-undang maritim dipatuhi, melindungi sempadan perairan negara dan bertindak balas terhadap pelbagai situasi kecemasan di laut. 

Selain operası rondaan,pegawai juga terlibat dalam penyiasatan kes, operası menyelamat, pengurusan aset maritim serta penyelarasan operasi bersama agensi keselamatan lain. 

Skop tugas 

Antara tugas utama jawatan ini termasuk : 
  • Melaksanakan operasi penguatkuasaan undang-undang maritim 
  • Mengetuai rondaaan keselamatan di perairan Malaysia 
  • Menjalankan pemeriksaan terhadap vesel dan kapal 
  • Membantu operasi mencari menyelamat (SAR)
  • Menyiasat kesalahan di bawah undang-undang maritim 
  • Mengendalikan operasi bersama agensi keselamatan  lain apabila diperlukan 
  • Menyediakan laporan operasi dan dokumentasi rasmi 
  • Melaksanakan tugasan lain mengikut arahan pihak pengurusan 
Skop tugas sebenar adalah tertakluk kepada keperluan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Kelayakan Memohon 

Calon yang berminat hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh majikan. Secara amnya calon perlu :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  • Memenuhi syarat akademik yang dinyatakan dalam iklan rasmi 
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik 
  • Lulus tapisan keselamatan dan pemeriksaan kesihatan jika diperlukan
  • Berkebolehan bekerja dalam persekitaran yang mencabar 
  • Mempunyai disiplin, intergriti dan semangat kepimpinan
Nota : Sila rujuk iklan rasmi APMM untuk syarat kelayakan akademik, fizikal dan lain-lain yang lebih terperinci 

Mengapa Memilih Kerjaya Bersama APMM? 

Menyertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memberi peluang kepada anda untuk menyumbang secara langsung kepada keselamatan negara. Selain memperoleh pengalaman dalam bidang penguatkuasaan dan operası maritim,anda juga berpeluang mengikuti latihan profesional yang dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan, pengurusan serta pengendalian operası.

Antara kelebihan menyertai APMM ialah :
  • Berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara
  • Peluang mengikuti latihan profesional pembangunan kerjaya 
  • Pendedahan kepada operasi penguatkuasaan serta penyelamatan
  • Pengalaman bekerja dalam organisasi beruniform yang berprestij
  • Peluang membina kerjaya jangka panjang dalam sektor awam

Dokumen Yang Perlu Disediakn 

Sebelum membuat permohonan,pastikan anda menyediakan : 
  • Resume terkini 
  • Sijil kad pengenalan
  • Salinan sijil akademik 
  • Dokumen sokongan lain yang dinyatakan dalam iklan rasmi 
  • Gambar berukuran passport ( jila diperlukan )

Cara Memohon 

Permohonan hendaklah dibuat mengikut kaedah yang dinyatakan dalam iklan rasmi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat sebelum menghantar permohonan. Permohonan yang tidak lengkap atau dihantar selepas tarikh tutup mungkin tidak akan dipertimbngkan. 

Tarikh Tutup Permohonan : 20 Julai 2026 (isnin), Jam 11.59 malam 

Sila klik "IKLAN PENUH JAWATAN" di bawah untuk memohon jawatan kosong yang ditawarkan



Tips Meningkatkan Peluang Dipanggil Temu Duga 

Sekiranya anda berminat menyertai APMM, beberapa persediaan awal boleh membantu meningkatkan peluang anda :
  • Pastikan resume sentiasa dikemas kini 
  • Semak semua dokumen sebelum dihantar
  • Ketahui maklumat asas mengenai APMM dan peranannya 
  • Jaga tahap kecergasan fizikal kerana jawatan  beruniform lazimnya mempunyai penilaian tertentu
  • Hantar permohonan sebelum


Soalan Lazim (FAQ)

1.Berapakah jumlah kekosongan yang ditawarkan ?
Sebanyak 37 kekosongan ditawarkan.

2.Adakah terdapat calon simpanan ?
Ya. Sebanyak 100 calon simpanan akan dipilih 

3.jawatan ini berada dalam kumpulan perkhidmatan apa ?

Jawatan ini berada dalam kumpulan pengurusan dan  profesional

4. Bilakah Tarikh Tutup Permohonan ? 
Tarikh tutup permohonan ialah 20 julai 2026 (isnin), jam 11.59 malam.

5. Di manakah saya boleh mendapatkan syarat lengkap?
Semua syarat akademik,fizikal dan proses pengambilan hendaklah dirujuk melalui iklan rasmi APMM.

Penafian 

Buletinjob berkongsi maklumat jawatan kosong daripada sumber rasmi bagi memudahkan pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan terkini. Kami bukan wakil Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)  dan tidak menerima sebarang permohonan pekerjaan. Semua syarat, Kelayakan dan proses permohonan adalah tertakluk kepada pihak majikan.