Jawatan Kosong Pembantu Eksekutif MySTEP (MITI Wilayah Sabah)
Berita baik kepada rakyat Malaysia yang sedang mencari peluang pekerjaan di Sabah. Kementerian Pelaburan, Pedagangan dan Industri (MITI) Wilayah Sabah kini membuka permohonan bagi jawatan Pembantu Eksekutif MySTEP untuk penempatan di Kota Kinabalu, Sabah.
Jawatan ini ditawarkan di bawah Program Malaysia Short-Term Employment (MySTEP) dengan gaji sebanyak RM1,900 sebulan. Pengambilan ini sesuai untuk calon yang mempunyai kelayakan minimum SPM, O Level atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 dan berminat menimba pengalaman bekerja dalam sektor kerajaan.
Program MySTEP memberi peluang kepada pencari kerja memperoleh pengalaman dalam pentadbiran awam sambil meningkatkan kemahiran komunikasi, pengurusan pejabat dan pengunaan sistem kerja profesional.
Mengenai Kementerian Pelaburan, Perdangangan dan Industri (MITI)
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) merupakan salah satu kementerian utama kerajaan Malaysia yang bertangungjawab merancang serta melaksanakan dasar berkaitan pelaburan, perdangangan antarabangsa dan pembangunan industri negara.
MITI memainkan peranan penting dalam menarik pelabur asing, menggalakan pertumbuhan perusahaan tempatan serta membantu syarikat Malaysia menembusi pasaran antarabangsa. Melalui pejabat wilayah di Sabah, Kementerian ini turut menyokong pembangunan ekonomi negara dengan memudahkan urusan pelaburan dan perdagangan.
Bekerja di MITI memberi peluang kepada individu memahami operası pentadbiran kerajaan serta pendedahan kepada pembangunan ekonomi dan industri negara.
MAKLUMAT JAWATAN
Majikan : Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
Jawatan : Pembantu Eksekutif MySTEP
Program : Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP)
Lokasi Bertugas: Kota Kinabalu, Sabah
Bilangan Kekosongan : 1 Kekosongan
Taraf Jawatan : Kontrak MySTEP
Gaji Bulanan : RM1,900
Kelayakan minimum :
- SPM / O Level
- SKM Tahap 1
- SKM Tahap 2
- SKM Tahap 3
- atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
Sektor
- Pentadbiran Awam
- Pelaburan, Perdagangan dan Industri
- Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
Apakah Peranan Pembantu Eksekutif MySTEP ?
Pembantu Eksekutif MySTEP bertangunggjawab membantu urusan pentadbiran harian pejabat serta menyokong pelaksanaan program dan aktiviti kementerian. Jawatan ini sesuai bagi individu yang berminat mempelajari sistem pengurusan pejabat kerajaan serta ingin memperoleh pengalaman dalam bidang pentadbiran.
Selain menjalankan tugas pejabat, calon juga berpeluang meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi komputer, mengurus dokumen rasmi dan berkomunikasi dengan pelanggan atau pihak berkepentingan.
Skop Tugas
Antara tugas yang mungkin diberikan termasuk :
- Membantu kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan pejabat
- Menyusun serta mengemas kini dokumen dan fail rasmi
- Membantu penyediaan surat, laporan dan rekod pentadbiran
- Membantu pelaksanaan program atau mesyuarat yang di anjurkan oleh MITI
- Mengemas kini data dalam sistem mengikut arahan penyelia
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan dari semasa ke semasa
Skop tugas sebenar adalah tertakluk keperluan MITI Wilayah Sabah.
Kelayakan Memohon
Calon yang berminat hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan rasmi.
Secara umum, calon perlu :
- Warganegara Malaysia
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
- Mempunyai Kelayakan minimum SPM /. O level atau SKM Tahap 1 hingga 3
- Mempunyai kemahiran asas komputer seperti Microsoft world dan Excel dan e-mail
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
- Bertangungjawab, teliti dan berdisiplin
Mengapa Anda Patut Memohon Jawatan ini ?
Jawatan ini merupakan peluang yang baik untuk graduan baharu atau lepasan sekolah yang ingin memperoleh pengalaman bekerja dalam sektor kerajaan.
Antara kelebihan jawatan ini ialah :
- Gaji bulanan RM1,900
- Pengalaman bekerja di bawah Kementerian kerajaan.
- Meningkatkan kemahiran pentadbiran dan pengurusa pejabat
- Menambah pengalaman kerja yang bernilai dalam resume
- Pendedahan kepada operası kementerian yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi negara
Dokumen Yang Perlu Disediakan
Sebelum membuat permohonan, pastikan anda menyediakan :
- Resume Terkini
- Salinan kad pengenalan
- Salinan sijil akademik
- Salinan Sijil SKM (jika berkaitan)
- Dokumen sokongan lain seperti yang dinyatakan dalam iklan rasmi
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat mengikut kaedah yang dinyatakan dalam iklan rasmi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Wilayah Sabah
Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah lengkap dan tepat. Permohonan yang tidak lengkap atau dihantar selepas tarikh tutup mungkin tidak akan dipertimbangkan.
Sila klik "IKLAN PENUH JAWATAN" di bawah untuk memohon jawatan kosong yang ditawarkan
Tips Sebelum Menghantar Permohonan
Untuk meningkatkan peluang dipanggil temu duga :
- Gunakan resume kemas dan professional
- Nyatakan pengalaman atau kemahiran berkaitan pentadbiran jika ada
- Pastikan nombor telefon dan alamat e-mel sentiasa aktif
- Hantar permohonan lebih awal sebelum tarikh tutup
Soalan Lazim (FAQ)
1. Berapakah gaji yang ditawarkan
- Jawatan ini menawarkan gaji sebanyak RM1,900 sebulan
2. Di manakah lokasi bertugas?
- Lokasi bertugas adalah di Kota Kinabalu, Sabah
3. Berapakah jumla kekosongan kekosongan yang ditawarkan ?
- Terdapat 1 kekosongan bagi jawatan ini
4. Adakah jawatan ini bertaraf tetap ?
- Tidak. Jawatan ini adalah di bawah program MySTEP dan bertaraf Kontrak
Penafian
Buletinjob berkongsi maklumat jawatan kosong daripada sumber rasmi bagi memudahkan pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan terkini. Kami bukan wakil Kementerian pelaburan, perdagangan dan industri MITI dan tidak menerima sebarang permohonan pekerjaan. Semua syarat, Kelayakan dan proses permohonan adalah tertakluk kepada pihak majikan.

0 Comments