Jawatan Kosong MySTEP E1- Operasi Banci Ekonomi (Fasa 3) Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah
Berita baik kepada pencari kerja di Sabah!, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sabah kini membuka peluang pekerjaan bagi jawatan Personel MySTEP E1- Operasi banci Ekonomi (Fasa 3) untuk penempatan di Kota Kinabalu, Sabah.
Jawatan ini ditawarkan di bawah progam Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) dan sesuai untuk calon yang mempunyai kelayakan minimum SPM, O Level atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hinggah Tahap 3. Pengambilan ini menawarkan 3 kekosongan jawatan dengan gaji bulanan RM1,900.
Bagi anda yang berminat untuk membina pengalaman bekerja dalam sektor kerajaan serta ingin menyertai pelaksanaan banci ekonomi negara, peluang ini amat sesuai untuk dipertimbangkan.
Mengenai Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
MAKLUMAT JAWATAN
- SPM / O Level
- SKM Tahap 1
- SKM Tahap 2
- SKM Tahap 3
- Atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
Tarikh Tutup Permohonan : Sila Rujuk Iklan Rasmi
Skop Tugas
- Membantu pelaksanaan Operasi Banci Ekonomi (Fasa 3).
- Mengumpulkan maklumat daripada responden mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Membantu penyediaan dokumen dan rekod banci.
- Membantu pegawai dalam penyelarasan aktiviti banci di lapangan.
- Menyediakan laporan harian berkaitan tugasan yang dilaksanakan.
- Melaksanakan tugasan yang lain yang diarahkan oleh penyelia.
Skop tugasan sebenar adalah tertakluk kepada arahan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah.
Kelayakan Memohon
- Warganegara Malaysia.
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
- Mempunyai kelayan minimum SPM, O level atau SKM tahap 1-3
- Berkebolehan menggunakan komputer asas seperti Microsoft Wolrd dan Excel merupakan satu kelebihan.
- Mempunyai komunikasi yang baik.
- Bersedia menjalankan tugasan di lapangan sekiranya diperlulan l.
- Bertanggungjawab dan mampu bekerja dalam satu pasukan.
Mengapa Anda Patut Memohon Jawatan Ini?
- Gaji bulanan sebanyak RM1,900.
- Pengalaman bekerja dalam agensi kerajaan.
- Pendedahan kepada proses pengumpulan data rasmi negara.
- Meningkatkan kemahiran komunikasi,pengurusan data dan kerja berpasukan.
- Menambah pengalaman kerja yang bernilai untuk pembangunan kerjaya.
Dokumen Yang Perlu Disediakan
- Resume Terkini
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Akademik
- Salinan Sijil SKM ( jika berkaitan )
- Dokumen sokongan lain yang dinyatakan dalam iklan rasmi
Cara Memohon
Sila klik "IKLAN PENUH JAWATAN" di bawah untuk memohon jawatan kosong yang ditawarkan
Tips Sebelum Menghantar Permohonan
- Menyediakan resume yang Kemas dan terkini
- Menyemak semua dokumen sebelum dihantar
- Menggunakan alamat e-mail dan nombor telefon yang aktif
- Menghantar permohonan lebih awal sebelum tarikh tutup
- Membaca syarat dan skop dengan teliti
Soalan Lazim (FAQ)
- Berapakah gaji yang ditawarkan ? Gaji bagi jawatan ini ialah RM1,900 sebulan
- Berapakah jumla kekosongan ditawarkan ? Terdapat 3 kekosongan jawatan
- Dimanakah Lokasi Bertugas ? Lokasi bertugas ialah Kota Kinabalu, Sabah
- Adakah lepasan SPM boleh memohon ? Ya. Calon yang mempunyai Kelayakan minimum SPM atau yang setaraf
- Adakah jawatan ini bertaraf tetap ? Tidak. Jawatan ini adalah Di bawah program MySTEP dan bertaraf kontrak

0 Comments