Jawatan Kosong MySTEP Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Ganti Sk Sembirai
Berita baik kepada pencari kerja di Sabah! Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud kini membuka peluang pekerjaan bagi jawatan MySTEP Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Ganti di sekolah Kebangsaan (SK) sembirai, Kota Belud
Jawatan ini ditawarkan di bawah program Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) secara kontrak dan sesuai untuk calon yang memiliki kelayakan minimum SPM, O Level atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3
Sekiranya anda mempunyai minat untuk bekerja dalam persekitaran sekolah dan ingin membantu melancarkan pengurusan murid, peluang ini boleh menjadi langkah permulaan yang baik untuk membina pengalaman dalam sektor pendidikan.
Mengenai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud merupakan agensi di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang bertanggungjawab menyelaras pentadbiran dan pembangunan pendidik di daerah Kota Belud. Antara peranan utama PPD ialah memastikan sekolah Di bawah pentadbirannya menerima sokongan dari segi pengurusan, pemabngunan guru, kebajikan murid dan pelaksanaan dasar pendidikan negara.
Melalui pengambilan personel MySTEP, PPD Kota Belud berusaha memastikan operasi sekolah berjalan dengan lancar, khususnya dalam membantu pengurusan murid di sekolah yang memerlukan tenaga sokongan tambahan.
MAKLUMAT JAWATAN
Majikan : Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud
Jawatan : MySTEP Pengurusan Murid (PPM) ganti
Sekolah Penempatan : SK Sembirai
Bilangan Kekosongan : 1 Kekosongan
Jenis Jawatan : Kontrak (MySTEP)
Waktu bekerja : Waktu Pejabat ( Normal hour )
Gaji : RM1,500 - RM1,999 sebulan
Kelayan Minimum :
- SPM / O Level
- SKM Tahap 1
- SKM Tahap 2
- SKM Tahap 3
- atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
Apakah Peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) ?
Pembantu Pengurusan Murid memainkan peranan penting dalam membantu guru dan pihak sekolah menguruskan keperluan harian murid. Jawatan ini bukan sahaja melibatkan tugasan pentadbiran ringan, malah turut membantu memastikan kebajikan dan keselamatan murid sentiasa terpelihara.
Bagi sekolah yang mempunyai murid prasekolah atau murid berkeperluan pendidikan khas, PPM juga membantu menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan teratur mengikut arahan pihak sekolah.
Skop Tugasan
Antara tugas yang mungkin diberikan ialah :
- Membantu guru menguruskan murid semasa sesi pembelajaran
- Membantu menyediakan bahan pembelajaran dan peralatan kelas
- Memastikan kebersihan serta keselamatan kawasan pembelajaran
- Membantu aktiviti sekolah yang melibatkan murid
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh Guru besar atau penyelia
Skop tugasan sebenar adalah tertakluk kepada keperluan sekolah dan arahan pihak majikan.
Kelayakan Memohon
Calon yang berminat hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan rasmi.
Secara umumnya calon perlu :
- Warganegara Malaysia
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
- Mempunyai kelayakan minimum SPM, O Level atau SKM Tahap 1 hingga Tahap 3
- Berminat bekerja dalam persekitaran sekolah
- Mempunyai sikap bertanggungjawab, penyabar dan berdisiplin
- Berkebolehan bekerja secara individu serta dalam satu pasukan
Mengapa Memohon Jawatan Ini?
Jawatan MySTEP memberi peluang kepada calon memperoleh pengalaman bekerja dalam sektor pendidikan sambil membina kemahiran komunikasi, pengurusan dan kerja berpasukan.
Antara kelebihan jawatan ini ialah :
- Gaji antara RM1,500 hingga RM1,999 sebulan
- Pengalaman bekerja di bawah Pejabat Pendidikan Daerah
- Pendedahan kepada pengurusan sekolah dan kebajikan murid
- Meningkatkan kemahiran interpersonal dan pengurusan masa
Dokumen Yang Perlu Disediakan
Pastikan dokumen berikut disediakan sebelum membuat permohonan:
- Resume Terkini
- Salınan Kad pengenalan
- Salinan Sijil akademik
- Salinan Sijil SKM (jika berkaitan)
- Dokumen sokongan lain yang dinyatakan dalam iklan rasmi
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat mengikut kaedah yang dinyatakan dalam iklan rasmi oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud
Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat. Permhonanyqng tidak lengkap atau dihantar selepas tarikh tutup mungkin tidak akan dipertimbangkan.
Sila klik "IKLAN PENUH JAWATAN" di bawah untuk memohon jawatan kosong yang ditawarkan
Tips Sebelum Menghantar Permohonan
Bagi meningkatkan peluang dipanggil temu duga, anda disarankan untuk :
- Menyediakan resume yang kemas dan terkini
- Menyemak semula semua dokumen sebelum di hantar
- Menggunakan nombor telefon dan alamat e-mail yang aktif
- Menghantar permohonan lebih awal sebelum tarikh tutup
- Membaca starts Kelayakan dengan teliti
Soalan Lazim (FAQ)
- Brapa gaji yang ditawarkan?
Gaji yang dirawarkan adalah sekitar RM1,500 hingga RM1,999 sebulan bergantung kepada syarat dan ketetapan majikan.
- Di manakah Lokasi Bertugas?
Penempatan adalah di SK Sembirai Kota Belud, Sabah
- Adakah lepasan SPM boleh memohon?
Ya. Calon yang mempunyai kelayakan minimum SPM atau yang setaraf bole memohon jika memenuhi syarat yang ditetapkan
- Berapakah jumlah kekosongan yang ditawarkan?
Terdapat 1 kekosongan bagi jawatan ini
Penafian
Buletinjob berkongsi maklumat jawatan kosong daripada sumber rasmi bagi memudahkan pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan terkini. Kami bukan wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud dan tidak menerima sebarang permohonan pekerjaan. Semua syarat, Kelayakan dan proses permohonan adalah tertakluk kepada pihak majikan.
0 Comments