Jawatan Kosong MySTEP Guru Bahasa Inggeris SK Kinasabaran 2026 | Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud | Gaji RM2,300


Jawatan Kosong MySTEP Guru Bahasa Inggeris  SK Kinasabaran

Berita baik kepada graduan yang sedang mencari peluang pekerjaan dalam sektor pendidikan. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud kini membuka permohonan bagi jawatan Personel MySTEP Guru Bahasa Inggeris untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kinasabaran, Kota Belud, Sabah 

Pengambilan ini dilaksanakan di bawah Program Malaysia  Short-Term Employment Programme (MySTEP) dan menawarkan gaji sebanyak RM2,300 sebulan. Jawatan ini sesuai untuk calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf , serta mempunyai minat mendalam dalam bidang pendidikan dan pembangunan murid.

Bagi graduan baharu yang ingin memperoleh pengalaman mengajar di sekolah kerajaan, peluang ini boleh menjadi baru loncatan untuk membina kerjaya dalam bidang pendidikan. Pengalaman yang diperoleh melalui program MySTEP juga mampu meningkatkan kebolehpasaran dan menjadi nilai tambah dalam permohonan pekerjaan pada masa hadapan. 

Mengenai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang bertanggungjawab  menyelaras pentadbiran, pengurusan sekolah serta pelaksanaan dasar pendidikan di Daerah Kota belud 

PPD Kota belud memainkan peranan penting dalam memastikan setiap sekolah menerima sokongan yang diperlukan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain menguruskan hal ehwal pentadbiran sekolah,pejabat ini turut membantu pembangunan professional guru, pemantauan prestasi sekolah serta pelaksanaan pelbagai program pendidikan yang memberi manfaat kepada murid.

Pengambilan personel MySTEP merupakan salah satu usaha  bagi membantu sekolah memenuhi keperluan tenaga pengajar dan memastikan proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

MAKLUMAT JAWATAN 

Majikan : Pejabat Pendidikan Daerah Kota belud 

Jawatan : Personel MySTEP - Guru Bahasa Inggeris 

Sekolah penempatan : Sekolah Kebangsaan (SK) Kinasabaran 

Lokasi Bertugas : Kota Belud, Sabah 

Bilangan Kekosongan : 1 kekosongan 

Jenis jawatan :  Kontrak (MySTEP)

Waktu bekerja : Waktu pejabat ( Normal hour) 

Gaji bulanan : RM2,300 

Kelayakan minimum : Ijazah Sarjana Muda (Bachelor’s  Degree) atau Kelayakan diiktiraf setaraf


Peranan Guru Bahasa Inggeris MySTEP 

Guru bahasa inggeris memainkan peranan penting dalam membantu murid meningkatkan pengusaan bahasa inggeris dari aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain menyampaikan ilmu di dalam bilik darjah, guru juga bertanggungjawab mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan mampu menarik minat murid untuk menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan harian.

Melalui jawatan MySTEP ini , Calon berpeluang menimba pengalaman sebenar dalam dunia pendidikan, mempelajari kaedah pengajaran moden serta bekerjasama dengan guru-guru berpengalaman di sekolah. 

Skop Tugas 

Antara tugas yang mungkin dilaksanakan termasuk :
  • Membantu guru dan pihak sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris 
  • Merancang serta menyediakan bahan pengajaran mengikut keperluan murid 
  • Membimbing murid meningkatkan kemahiran membaca, menulis bertutur dan mendengar dalam bahasa inggeris melaksanakan tugasan lain yang diberikan oleh guru besar atau penyelia 
Skop tugas sebenar adalah tertakluk kepada keperluan sekolah dan arahan pihak majikan.

Siapakah yang sesuai memohon ? 

Jawatan ini sesuai untuk calon :
  • Graduan baharu yang ingin membina pengalaman dalam bidang pendidikan 
  • Individu yang mempunyai minat mengajar dan membimbing murid 
  • Calon yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam bahasa inggeris 
  • Individu yang kreatif dalam menyediakan bahan pembelajaran
  • Mereka yang bersedia bekerja dalam persekitaran sekolah dan mampu bekerjasama dengan warga pendidik.

Kelayakan Memohon 

Calon yang berminat hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh majikan. Secara amnya calon perlu :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  • Memiliki Ijazah sarjana Muda atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf 
  • Berkebolehan berkomunikasi dengan baik dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris 
  • Mempunyai sikap bertanggungjawab, berdisiplin dan berintergriti 

Mengapa Anda Patut Memohon Jawatan ini ?

Jawatan MySTEP Guru Bahasa Inggeris bukan sekadar memberi peluang pekerjaan, malah membuka ruang kepada calon yang memperoleh pengalaman mengajar dalam sistem pendidikan negara.

Antara kelebihan jawatan ini ialah : 
  • Gaji sebanyak RM2,300 sebulan
  • Pengalaman mengajar di sekolah kerajaan
  • Menambah pengalaman profesional yang bernilai dalam resume
  • Membina keyakinan diri sebelum memohon jawatan tetap pada masa hadapan 

Dokumen Yang Perlu Disediakan 

Sebelum membuat permohonan, pastikan dokumen berikut disediakan :

  • Resume Terkini
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Akademik 
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda 
  • Dokumen sokongan lain yang dinyatakan dalam iklan rasmi 

Cara Memohon 

Permohonan hendaklah dibuat mengikut arahan yang dinyatakan dalam iklan rasmi oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud .
Baca syarat dan dokumen yang diperlukan sebelum menghantar permohonan.


Sila klik "IKLAN PENUH JAWATAN" di bawah untuk memohon jawatan kosong yang ditawarkan



Tips Sebelum Menghantar Permohonan 

Bagi meningkatkan peluang dipanggil temu duga, anda disarankan untuk :

  • Menyediakan resume yang Kemas dan terkini
  • Menyemak semua dokumen sebelum dihantar 
  • Menggunakan alamat e-mail dan nombor telefon yang aktif
  • Menghantar permohonan lebih awal sebelum tarikh tutup 
  • Membaca syarat dan skop dengan teliti 

Soalan Lazim (FAQ)

1. Berapa Gaji dirawarkan?
Jawatan ini menawarkan gaji sebanyak RM2,300 sebulan.

2. Dimanakah lokasi bertugas ?
Lokasi bertugas adalah di sekolah SK Kinasabaran KKota Belud Sabah 

3. Berapakah jumlah kekosongan yang ditawarkan?
Terdapat 1 kekosongan bagi jawatan ini 

4. Apakah Kelayakan minimum yang diperlukan ?
Calon hendaklah memiliki Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf 

5. Apakah jawatan ini bertaraf tetap ? 
Tidak. Jawatan ini adalah di bawah Program MySTEP dan bertaraf kontrak

Penafian 

Buletinjob berkongsi maklumat jawatan kosong daripada sumber rasmi bagi memudahkan pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan terkini. Kami bukan wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud  dan tidak menerima sebarang permohonan pekerjaan. Semua syarat, Kelayakan dan proses permohonan adalah tertakluk kepada pihak majikan. 


Post a Comment

0 Comments